(Foto Telegram)
KUALA LUMPUR, 12 Jun- Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati para pendepositnya agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan menjanjikan pulangan wang tunai lumayan.
TH melalui satu kenyataan memaklumkan, ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyamar dan menggunakan nama serta logo TH untuk menawarkan skim pelaburan di platform Telegram.
Pihak tidak bertanggungjawab itu turut menubuhkan ‘Group Chat’ (Tabung Haji & Pelaburan) di platform berkenaan untuk melakukan kegiatan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan yang tidak munasabah.
"Pihak TH sentiasa komited dalam memberi peringatan dan maklumat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH.
"TH menasihatkan supaya pendeposit mahupun orang ramai agar tidak percaya dengan tawaran daripada pihak ketiga," menurut kenyataan itu.
(Menyamar sebagai TH, tawar pelaburan lumayan/Foto file)