fb fb fb fb fb

PM ucap takziah pemergian Mother Mangalam

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Presiden Seumur Hidup Pure Life Society, Datin Dr Mother A. Mangalam yang meninggal dunia, Sabtu lepas.

Menerusi ciapan di Twitternya, Anwar berkata rakyat Malaysia pasti akan mengenang budi dan jasa baik beliau terutamanya dalam soal kemanusiaan.

Menurut laporan media, Mother Mangalam meninggal dunia pada usia 97 tahun selepas mendapatkan rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Dilahirkan di Singapura pada 1926, Mother Mangalam yang mendapat julukan sebagai ‘Mother Teresa of Malaysia’ berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1948 dan bekerja sebagai guru sebelum menyertai badan bukan kerajaan itu setahun kemudian.


(Foto The Sun Daily)

Media Baharu