fb fb fb fb fb

Menu Rahmah dan Jualan Rahmah tidak merugikan golongan peniaga - Salahuddin

JOHOR BAHRU, 10 Februari - Penglibatan pengusaha kedai makanan dalam menyediakan Menu Rahmah dan juga Jualan Rahmah tidak menjejaskan atau merugikan mana-mana peniaga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pemain industri menyatakan jualan mereka meningkat susulan harga murah yang ditawarkan, sekali gus menarik lebih ramai pengguna.

Katanya, perkara tersebut bukan sahaja meringankan beban rakyat malah memberi kelebihan kepada pemain industri.

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub)

"Macam kedai yang telah saya lawati setakat ini dalam jelajah Rahmah, majoriti mengatakan bahawa dengan menawarkan Menu Rahmah pelanggan mereka bertambah dan sedikit pun tidak mengubah model bisnes mereka yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menu Rahmah di Restoran Burger King Bukit Indah, di sini.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata Burger King menjadi restoran makanan segera pertama yang menyahut inisiatif kerajaan dalam menyediakan menu makanan pada harga sederhana melalui pelaksanaan program Menu Rahmah.

“Produk Burger Rahmah merupakan burger ayam atau daging, beserta sayur dan sebotol air mineral yang dijual di kesemua 140 cawangan Burger King seluruh negara,” katanya.

Media Baharu