fb fb fb fb fb

Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia lengkap nutrisi

SERDANG 13 Julai- Program Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia yang dilaksanakan di insitusi-institusi pengajian tinggi, terus menerima reaksi positif daripada mahasiswa, terutama dalam mengurangkan kos sara hidup.

Menerusi program ini, seseorang mahasiswa hanya membelanjakan sekurang-kuranganya RM3.50 sahaja bagi setiap menu yang disediakan bawah program tersebut.

Dalam tinjauan RTM di salah sebuah kafe di Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati harga makanan yang dijual serendah RM3.50 bagi setiap menu bawah Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia yang telah berkuat kuasa pada 8 Julai lalu.

Sebelum ini, harga makanan yang dijual adalah sekitar RM7.00 sehingga RM8.00

Dengan harga serendah itu, mahasiswa mendapat hidangan yang lengkap, bernutrisi, malah enak.

Antara makanan yang dihidangkan ialah secara set seperti nasi, telur ayam dan tempe serta nasi, telur dadar, sup, sambal, salad dan timun.

Sebanyak enam menu disediakan dengan harga RM3.00 hingga RM3.50.

Bagi pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan pula, dengan moratorium bayaran sewa selama enam bulan yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, ia membantu mereka menyediakan makanan dengan harga yang murah.

 


(Harga makanan dijual erendah RM3.50 bagi setiap menu bawah Menu Kasih
Pelajar Keluarga Malaysia)

Media Baharu