fb fb fb fb fb

Menteri luar mula tiba di KL, hadiri ASEAN-GCC

Abdullah Ali Al-Yahya dan Sheikh Khalifa Ali Al Harthi tiba di Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Menteri Luar Kuwait, Abdullah Ali Al-Yahya tiba di ibu negara menjelang Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pada 27 Mei.

Ketibaan beliau dan delegasi disambut oleh wakil daripada Kementerian Luar Negeri (KLN).

Selain Menteri Luar Kuwait, turut tiba hari ini ialah wakil Menteri Luar Oman Sheikh Khalifa Ali Al Harthi.

Kuwait dan Oman merupakan dua daripada enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC), selain Arab Saudi, Bahrain, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mesyuarat pegawai kanan sudah bermula pada Jumaat lalu diikuti mesyuarat peringkat menteri hari ini, manakala mesyuarat ketua kerajaan dijadualkan berlangsung pada 26 Mei.

Terdahulu Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone serta delegasi tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, dan Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China yang dijadualkan pada esok dan 27 Mei nanti.

Persidangan tersebut dijangka akan memberikan tumpuan peranan ASEAN sebagai platform kukuh dan responsif dalam mendepani cabaran geopolitik dan geoekonomi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI