fb fb fb fb fb

Menara tiada piring telekomunikasi akan diselesaikan hujung September

KUCHING, 15 September- Isu menara tiada piring komunikasi di Sarawak akan diselesaikan pada hujung bulan ini selepas beberapa perkara diselesaikan.

Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil dijangka memberi perkembangan terkini mengenai isu tersebut.

"Insya-Allah saya harap sebelum hujung bulan sekiranya semua berjalan dengan lancar dan akan ada satu pengumuman baik untuk menyelesaikan perkara itu.

"Kita harap secara menyeluruh masalah 'naked tower' yang lama membelenggu di Sarawak," katanya dalam Majlis Apresiasi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak di sini.

Fahmi berkata kesalinghubungan selular masih menjadi keutamaan pihaknya meskipun terdapat perkhidmatan alternatif seperti Starlink yang hanya menawarkan perkhidmatan panggilan internet menggunakan data.

Terdapat beberapa perkara lagi masih diteliti termasuk penggunaan Starlink untuk menara Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dalam fasa seterusnya selepas beberapa dari 600 menara pintar Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) yang masih tiada piring.

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Rakan Strategik Penyampaian Anugerah Semarak Gemilang 2023 sebagai penghargaan kepada peserta terlibat dengan program kemerdekaan yang turut diadakan dan disaksikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Haji Julaihi Narawi.

(Fahmi Fadzil)

Media Baharu