fb fb fb fb fb

Menara telekomunikasi pertama Malaysia jadi ikon pelancongan baharu

Menara telekomunikasi pertama Malaysia yang terletak di Bukit Melaka kini diberi nafas baharu sebagai tarikan pelancongan dihiasi lampu LED berwarna-warni

MELAKA, 22 September - Struktur telekomunikasi pertama di Malaysia yang terletak di Bukit Melaka kini diberi nafas baharu sebagai tarikan pelancongan sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC).

Menara bersejarah itu dihiasi lampu LED berwarna-warni dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), sekali gus menjadikannya mercu tanda ikonik baharu di Banda Hilir.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif itu bukan sahaja menonjolkan nilai sejarah menara berkenaan, malah mampu menarik lebih ramai pelancong ke kawasan Bukit Melaka dan Stadthuys.

“Menara telekomunikasi ini adalah struktur pertama di Malaysia. Kita telah menghiasinya dengan lampu LED bagi memberi tarikan baharu, selain mengangkat semula nilai sejarahnya untuk tatapan pelancong dan pengunjung,” katanya.

Selain itu, turut diperkenalkan Unit Berkuda Pelancongan MBMB yang ditugaskan mengawal keselamatan di Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir, di samping pelbagai program kebudayaan sepanjang WTD dan WTC.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE