KUALA LUMPUR, 17 Februari - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengkaji memorandum yang dihantar oleh penghantar makanan sebuah syarikat p-hailing.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya turut akan mengadakan perbincangan bersama kementerian lain yang terlibat bagi mencari solusi terhadap permasalahan tersebut.
"Memorandum itu kita akan kaji. Kita juga akan berbincang dengan pihak kementerian lain yang terlibat, dan kita juga akan meminta pihak Grab Food Malaysia untuk memberikan penjelasan."
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Stesen LRT Bandaraya di ibu negara.
Semalam, lebih 40 wakil penghantar makanan seluruh negara hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Dr Nor Fuad Abdul Hamid.
Antara tuntutan berkenaan, termasuklah mengembalikan kadar asas upah penunggang dan juga menambahbaik pemulangan bayaran pembatalan pesanan yang melibatkan pesanan tunai