AYER KEROH, 16 Januari -Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di Melaka.Keputusan itu dibuat hasil pemantauan sejak dua minggu lalu terhadap kes COVID-19 di negeri berkenaan yang menunjukkan trend penurunan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata pemantauan yang dibuat selama dua minggu menunjukkan kadar penurunan kes iaitu 250 kes pada minggu epid terakhir.

Katanya, jumlah itu terus menurun kepada 217 kes dan terkini 180 kes pada minggu lalu, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran rakyat mengenai pencegahan penularan COVID-19 semakin tinggi.
"Ini menunjukkan trend yang menurun rentetan daripada kesedaran rakyat di negeri ini untuk memakai pelitup muka juga penjarakan dan ini menunjukkn bahawa kita boleh membendung virus ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Penjawat Awam Negeri Melaka 2023 di Seri Negeri, di sini.
Tambah Dr. Muhamad, rakyat dan pelancong yang masuk ke negeri itu terus digalakkan untuk memakai pelitup muka dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan.