MELAKA, 5 Oktober- Melaka menerima 80 tan metrik beras tempatan tambahan yang akan diedarkan bagi menampung keperluan rakyat di negeri itu.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata setakat ini Melaka telah menerima 300 tan metrik beras tempatan dan baki 200 tan metrik yang dimohon akan diterima dalam masa terdekat.
"Di mana 80 metrik tan lebih kurang 8,000 kampit beras lagi akan masuk ke pasaran, ke kedai-kedai runcit. Jadi kedai-kedai runcit ini dimaklumkan akan bermula dari hari Sabtu ini kedai runcit akan di hantar ke' semua 'family store' dalam Melaka. Jadi 8,000 ini akan ke 'family store' dulu sebab ini daripada satu pemborong dan saya pun memang dalam usaha untuk kita ambil balik sebab itu kita mohon 500 metrik tan. Alhamdullilah sehingga hari ini kita dah dapat dalam 300 metrik tan untuk negeri Melaka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam segmen Apa Khabau YB di Konti Melakafm.
Dalam pada itu , Dr Muhamad Akmal mengharapkan kerjasama semua pihak dalam menjalankan penguatkuasaan bagi mengurangkan ketirisan isu beras tempatan.
Beliau percaya jika ketirisan dapat dibanteras isu tersebut dapat diselesaikan.