fb fb fb fb fb

Lelaki dibaham harimau di Pos Pasik

GUA MUSANG, 5 Oktober- Seorang lelaki orang asli dikhuatiri maut dibaham seekor harimau ketika keluar menyumpit di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Pos Pasik, di sini kelmarin.

Mayat Pisie Amud, 25, dari Kampung Sugi, Pos Pasik dipercayai ditemukan penduduk kampung semalam dengan kesan cakaran haiwan liar tersebut di bahagian kepala dan badan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Pasik Mohd Sani Nahtiman berkata, pihaknya dimaklumkan berkenaan seorang pemuda dari kampung terbabit tidak pulang selepas keluar menyumpit pada Selasa lalu.

"Semalam (Selasa) pada pukul 5.00 petang penduduk kampung keluar mencari mangsa di atas kawasan bukit Kampung Perwer yang bersempadan dengan ladang kepala sawit dan telah menjumpai motosikal serta peralatan menyumpit.

"Orang kampung berkenaan memaklumkan turut melihat kesan tapak kaki harimau di lokasi kejadian dan mereka pulang memaklumkan kejadian terbabit," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan menerima kejadian berkenaaan.

(Mangsa, Pisie Amud)

Media Baharu