fb fb fb fb fb

Elak bimbang berlebihan penyakit X - KKM

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa bersiap siaga terhadap kemungkinan munculnya penyakit X, namun kebimbangan berlebihan dalam kalangan masyarakat perlu dielakkan.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, "istilah yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2018 itu merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui dan berpotensi menyebabkan wabak ke seluruh dunia.

"Faktor-faktor seperti perubahan iklim, ekosistem dan urbanisasi juga menyumbang kepada peningkatan wabak pada masa akan datang," katanya.

Walaupun ciri-ciri penyakit X itu masih belum dikenal pasti, namun pakar-pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan perkara berkenaan.

Pemantauan berterusan, tindakan proaktif langkah-langkah kawalan dan kerjasama antarabngsa turut dilakukan sebagai kesiapsiagaan terhadap penyakit itu.

Bagaimanapun sistem kesihatan negara juga perlu diperkukuh sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman yang bakal berlaku.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk mengikuti garis panduan kesihatan selain mengamalkan kesihatan yang baik.

(Tangkap layar kenyataan media KKM)

Media Baharu