fb fb fb fb fb

Melaka sumbang RM268,800, kepada 28 institusi tahfiz yang berdaftar

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

BUKIT PALAH, 16 Mac- Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan sebanyak RM268,800 kepada 28 Institusi Tahfiz yang berdaftar penuh di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata setiap tahfiz menerima sebanyak RM9,600 secara sekali bayar (one-off).

Beliau juga menegaskan kepada Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) yang masih belum berdaftar untuk berdaftar bagi memastikan penyaluran sumbangan juga dapat diagihkan.

"Kita juga memberi manfaat fidyah kepada institut institut pengajian tinggi (IPT) di negeri Melaka sebanyak lima buah IPT yang telah kita beri tadi termasuk Universiti Melaka, Universiti Islam Melaka, Politeknik Melaka, Kolej Profesional Mara Bandar Melaka (Micost) dan Kolej al-Quran Sayyidina Ali.

"Seramai 811 orang pelajar akan menerima bantuan sekali bayar sebanyak RM200 sorang dan keseluruhan sumbangan kita hari ini RM162,000," kata Ab Rauf kepada pemberita selepas Majlis Iftar Jamaie Mega Sempena Program Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Melaka di Dataran Masjid Al Azim, Melaka.

Dalam penganjuran program tersebut, seramai lebih 2,500 umat Islam membanjiri Dataran Masjid Al Azim demi mengimarahkan masjid sambil menikmati juadah berbuka puasa secara berkelah.

Program diadakan dengan tema 'Perpaduan Teras Malaysia Madani' itu diadakan seawal pukul 6.00 petang tadi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM