MELAKA, 23 September - Kerajaan Negeri Melaka bersedia untuk menerima kemasukan jururawat terlatih warga asing (JTWA), kata Exco Kesihatan Negeri Ngwe Hee Sem.
Bagaimanapun beliau masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada mana-mana hospital swasta di negeri itu, berkaitan perkara tersebut.
Menurut Ngwe Hee, Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri turut mengalu-alukan perbincangan dari mana-mana negara untuk menghantar petugas kesihatan mereka, ke Melaka.
"Jadi setakat ini kita mungkin kita akan ambil negara India keutamaan sebab jururawat mereka semestinya diiktiraf kerajaan, kita perlu lihat pengiktirafan bukan semua ada yang belajar kedoktora, ia tidak diiktirafnya misalnya ," kata Ngwe Hee, selepas merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, di Bandar Hilir, di sini.
Beliau berkata, sekiranya ada permintaan, jabatan kesihatan akan memperhalusi setiap permohonan mengikut pengiktirafan sijil latihan mereka.
Pada majlis sama, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata,memaklumkan sambutan terhadap program saringan kesihatan di Melaka, masih rendah.
Program saringan kesihatan seperti Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) hanya menerima kehadiran seramai 5,000 orang berbanding sasarannya 30,000 orang sejak ia mula diperkenal pada awal tahun lalu.
"Kita sasar dalam l5,000 orang daripada bulan Jun lagi, sekarang ini baru 2,000 lebih, untuk saringan kanser, untuk B40 pula kita kata kita sasar dalam 30,000 orang B40 untuk datang ke mana-mana klinik kesihatan dan juga klinik-klinik swasta yang terpilih.
"Buat masa ini tidak sampai 5,000 orang yang datang menyaring jadi kita serulah kepada mereka untuk saringan ini untuk datang kita tahu ada yang punya masalah kewangan jadi kita minta mereka ini datang saja ke klinik-klinik kesihatan kita,"kata Dr Rusdi, di sini.
(Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman)