fb fb fb fb fb

'Bermalam Di Muzium', subur kecintaan kepada negara

KUALA LUMPUR, 23 September - Menyubur semangat cintakan negara di samping mengapresiasikan warisan seni, sejarah dan budaya negara dalam kalangan generasi muda, menerusi aktiviti permuziuman.

Seramai 1,550 pelajar Sekolah Menengah menyertai program 'Bermalam Di Muzium' yang berlangsung serentak selama dua hari melibatkan 25 muzium di seluruh negara termasuk di Sabah.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) Datuk Kamarul Baharin A Kassim berkata, program itu merupakan program tahunan muzium negara sebagai pengisian Bulan Kemerdekaan.

Sekali gus, menjadi platform integrasi yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan peserta pelbagai kaum, agama dan budaya sebagai generasi pewaris kemerdekaan negara.

"Dan kita percaya Insha-Allah tahun ini mereka juga mendapat pengalaman barulah. Sebab itu kita lihat ada pelajar ini yang datang kembali ke muzium untuk membantu program-program yang diadakan muzium.

"Jadi memang Insha-Allah, kita percaya, objektif kita telah tercapai. Cuma kita berharap agar penyertaan yang lebih banyak daripada seluruh muzium yang ada di negara kita ini dan jumlah pelajar yang lebih ramai melibatkan pelbagai kaum akan dapat dilaksanakan," kata Kamarul Baharin selepas merasmikan majlis penutup Program Bermalam Di Muzium 2023, di Muzium Negara.

Beliau optimis, program tersebut akan melaksanakan aktiviti silang budaya dengan membuka penyertaan daripada pelajar di luar negara untuk masa akan datang.

(Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) Datuk Kamarul Baharin A Kassim)

Media Baharu