fb fb fb fb fb

Melaka pergiat Kempen Derma Darah, tarik golongan belia

Foto fail

MELAKA, 14 Jun- Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka akan mempergiat aktiviti Kempen Derma Darah untuk menarik golongan belia berumur bawah 40 tahun.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ruzita Mustaffa berkata ini berikutan golongan berkenaan semakin peka untuk tampil menderma darah.

Sehingga Mei lalu, belia yang menderma darah adalah seramai 7,714 orang, bersamaan 63.8%. Daripada jumlah itu, 1,513 atau 19.6%, terdiri dalam kalangan pelajar.

"Setakat ini, kita buat banyak di kolej, institusi pendididikan tinggi, sama ada awam atau pun swasta. Itu memang berjalan, kita akan pergiatkan, selaras dengan hasrat kementerian untuk meningkatkan peratusan belia yang menderma darah", katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Penderma darah Sedunia 2024 Peringkat Negeri Melaka di Hospital Melaka.

Sementara itu, penerima Anugerah Penderma Darah Kategori Belia, Muhammad Haziq Mohd Nor Hishamudin, memaklumkan mula menderma darah sejak 2018.

"Seperti saya kata, anda boleh jadi wira dengan menderma darah. Satu beg darah yang anda derma, anda boleh menyelamatkan tiga nyawa dan anda nak jadi wira, tidak perlu pun nak ada duit juta-juta, sumbang sini sana", katanya kepada media di sini.

ROSLINA BINTI DIN