KUBANG PASU, 25 November- 17 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang menduduki pemeriksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jitra dipindahkan ke SMK Tanjung Pauh serta merta berikutan kejadian banjir kilat.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian berlaku kira- kira pukul 10.20 pagi, melibatkan kawasan
perkarangan dewan peperiksaan dan beberapa bahagian sekolah ketika peperiksaan SPM sedang berlangsung.
Susulan itu, pegawai Sektor Pengurusan Peperiksaan (SPP) JPN Kedah telah hadir ke lokasi dan mengambil tindakan segera memindahkan 17 calon yang menduduki PSV Kertas 1 ke SMK Tanjung Pauh, bagi
memastikan peperiksaan dapat diteruskan dengan selamat dan
mengikut ketetapan Lembaga Peperiksaan.
Bagi peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2, kesemua 163 calon juga dipindahkan ke SMK Bandar Baru Darulaman yang telah disediakan lebih awal
sebagai pusat peperiksaan alternatif.
Kenyataan itu juga menyebut, proses pemindahan dikendalikan pihak sekolah dengan bantuan trak polis, kenderaan guru dan sokongan waris.
Pemantauan berterusan akan dijalankan pihak sekolah dengan kerjasama SPP PPD.
Manakala JPN Kedah pula akan memastikan segala keperluan logistik, keselamatan dan pelaksanaan peperiksaan mengikut prosedur yang ditetapkan.