fb fb fb fb fb

Melaka Inland Port: Kerjasama logistik rentas sempadan dengan Singapura dan Indonesia

Hab logistik yang lengkap dan efisien / Foto MelakaHariIni

AYER KEROH, 21 Julai - Pembangunan Fasa 1 projek Pelabuhan Darat atau Melaka Inland Port di Taboh Naning, Alor Gajah dijangka bermula pada Oktober 2026.
 
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata antara komponen pembangunan termasuk "spur line", gudang tertutup dan depot servis.
 
Turut dibangunkan container yard, pusat pemeriksaan kastam dan pejabat operasi.
 
Sekaligus, menjadikan ia hab logistik yang lengkap dan efisien.

"Melaka Inland Port juga akan dijadikan sebagai pusat integrasi sistem logistik serantau yang dapat memperkukuhkan kerjasama logistik rentas sempadan dengan Singapura dan Indonesia melalui pelabuhan Dumai dan Batam serta wilayah ekonomi Johor Selatan", kayanya.

Lebih 500 peluang pekerjaan akan dibuka melalui pembangunan projek tersebut.
 
Projek bernilai RM230.8 juta ini menyasarkan kemudahan logistik berasaskan rel, membolehkan penghantaran barangan dilakukan dengan lebih pantas dan sistematik ke seluruh negara.
 
Beliau berkata demikian pada Persidangan kedua penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh.

HASRON BIN HASSAN