fb fb fb fb fb

Melaka catat 11 juta pelancong hingga Ogos 2025

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Visit Malaysia Travel Meet (VMTM) 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh

AYER KEROH, 26 September - Negeri Melaka mencatat 11 juta pelancong setakat Ogos tahun ini, dengan kutipan hasil sebanyak RM12.05 bilion, menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, angka itu hampir mencapai sasaran awal 16.5 juta pelancong bagi tahun ini.

“Dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia malam esok oleh YAB Perdana Menteri, ia dijangka menyemarakkan kedatangan pelancong ke Malaysia, termasuk ke Melaka. Negeri ini menawarkan pelbagai produk pelancongan dengan harga berpatutan, sesuai untuk pelancong premium hingga B40,” katanya.

Beliau mengulas perkara itu selepas Majlis Perasmian Visit Malaysia Travel Meet (VMTM) 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

VMTM 2025 yang berlangsung selama tiga hari bersempena Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) menjadi platform utama untuk memperkasakan promosi pelancongan domestik melalui inisiatif berskala besar.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE