fb fb fb fb fb

Melaka berpotensi menjadi perintis agropelancongan buah tin di Malaysia

ALOR GAJAH, 21 Januari- Melaka komited menjadi perintis bagi sektor agropelancongan untuk penanaman pokok buah tin terbesar di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, sebanyak 1,500 pokok buah tin yang ditanam di ladang seluas 8,000 kaki persegi dilihat mampu menjadi pengeluar terbesar dalam pasaran buah tin di Melaka.

Beliau berkata, produk makanan sunnah ini mendapat perhatian kerana khasiatnya selain hasilnya yang memberi pendapatan lumayan.

Justeru, penanaman pokok itu bakal memberi nilai tambah kepada sektor pertanian dan pelancongan di Melaka khususnya kepada pengunjung yang ingin mempelajari dan mendalami mengenai buah tin.

"Tanaman ini ialah produk baharu di Melaka dan sekali gus berpotensi melonjakkan agropelancongan di negeri ini terutama bagi mereka yang suka atau ingin mengenali apa itu buah tin.

"Malahan perancangan menambah 10,000 pokok dengan pelbagai jenis varieti buah tin dilihat mampu memberi pulangan dan impak yang positif dalam perusahaan ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan MBS Agro Farm and Fig Valley- Agro Pelancongan Pendidikan dan Kesihatan di Solok Duku, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Sulaiman berkata komitmen kerajaan negeri dalam usaha menarik lebih ramai terlibat dalam pertanian dizahirkan menerusi penambahan sebanyak 56% dalam belanjawanan negeri berbanding sebelum ini.

(Foto hiasan)

"Jadi yang berminat dalam bidang pertanian, sahut cabaran ini, malah di peringkat Persekutuan ada peruntukan khusus yang diberikan dalam sektor ini yang boleh dipohon orang ramai," katanya.

Media Baharu