BANDAR HILIR, 20 Mei - Melaka dijangka menerima pelaburan lebih RM500 juta hasil penyertaannya dalam Forum Perniagaan Sarajevo 2022 (SBF 2022) di Bangunan Parlimen Nasional, Sarajevo 11 Mei lalu.
Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali berkata pelaburan itu melalui tiga syarikat yang berpangkalan di Eropah.
Beliau berkata dua daripada syarikat berkenaan yang terlibat dalam industri komestik dan pembuatan peranti mekanikal telah menyatakan persetujuan untuk melabur di negeri itu dengan anggaran pelaburan kira-kira RM210 juta.
Manakala perbincangan sedang giat dijalankan bersama sebuah lagi syarikat dari sektor pembuatan dan jika ia berjaya lebih RM300 juta pelaburan bakal dibawa masuk ke Melaka.
(Sulaiman bercakap kepada pemberita mengulas dalam
rangka siri lawatannya ke Bosnia dan Herzegovina serta Switzerland baru-baru ini)
"Syarikat Givaudan mereka akan melabur sebanyak RM160 juta di negeri Melaka. Lokasi telah dikenal pasti, begitu juga dengan syarikat Adema. Mereka ini membuat microchip terutama untuk peralatan perubatan dan mereka telah bersetuju untuk melabur, dan tempat pun telah dikenal pasti. Sebanyak RM50 juta. Jadi nilai pelaburan yang masuk sepanjang saya di sana adalah RM210 juta dan ada satu syarikat lagi, dimana mereka juga berhasrat untuk melabur di negeri Melaka. Dengan nilai pelaburan sebanyak RM300 juta lebih, jadi kita masih lagi berunding dengan pihak beliau," kata Sulaiman.
Katanya, Melaka akan menyediakan lokasi dan insentif-insentif lain kepada pelabur bagi memudahkan pengoperasian mereka.