fb fb fb fb fb

12,733 rumah RKMAT akan dibina mulai 2023 hingga 2030

SUNGAI BESI, 20 Mei - 12,733 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) baharu bakal dibina.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata ia membabitkan lima fasa mulai tahun depan hingga 2030.

Katanya, setiap rumah akan dibina mengikut spesifikasi terkini dan dilengkapi perabot.

Beberapa fasiliti awam akan dibangunkan di kawasan perumahan, antaranya taman permainan, surau, dewan serbaguna dan gelanggang sukan.

(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein)

"Saya akui, ada RKMAT yang daif dan perlu segera dinaiktaraf. Saya juga tahu, masih ada sebahagian anggota yang perlu menyewa di luar dengan bayaran yang jauh lebih tinggi daripada elaun perumahan yang diterima secara bulanan.

"Atas sebab-sebab inilah, tekad saya untuk mengusahakan kediaman yang lebih baik kepada lebih ramai anggota ATM dan ahli keluarga semakin kuat," katanya ketika berucap pada Majlis Pra-Pelancaran Rangka Tindakan Perumahan Angkatan Tentera Malaysia 3.0, di sini.

Tambah Hishamuddin, agenda pembangunan RKMAT itu merupakan salah satu program utama yang akan dilaksana di bawah Rangka Tindakan Perumahan 3.0 bertujuan memelihara kebajikan anggota ATM, veteran ATM dan warga Kementerian Pertahanan.

Turut dilaksana, Program Penyelenggaraan dan Naik Taraf Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera Malaysia daripada dua unit kepasda satu unit.

Pelaksanaannya bertujuan menambah keluasan rumah dan bilangan bilik tidur serta bilik air sekaligus, meningkatakan keselesaan penghuni.

Media Baharu