fb fb fb fb fb

419 kes baharu HFMD di Kedah

ALOR SETAR, 20 Mei - Kedah mencatatkan sebanyak 419 kes baharu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) pada minggu Epidemiologi ke-19 berbanding minggu sebelumnya.

Ia merupakan peningkatan kepada 317 kes atau 310 peratus.

Exco Kesihatan negeri, Datuk Dr Hayati Othman berkata satu kluster baharu dilaporkan melibatkan sebuah Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) di daerah Yan.

Kes-kes lain adalah sporadik iaitu tiada kaitan yang dapat dikesan dengan kes-kes lain atau kes sebelumnya.

Kebanyakan kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan dan diberikan rawatan pesakit luar.

Tiada kes dilaporkan mempunyai komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif.

(Kes HFMD di Kedah meningkat)

"Pertambahan jumlah kes HFMD di negeri Kedah pada tahun 2022 hingga 14 Mei lalu, adalah 1,435 kes. Berbanding dengan sebelum pandemik, pada tempoh yang sama tahun 2019, negeri Kedah mencatatkan sejumlah 720 kes. Ia menjadikan peningkatan adalah sebanyak 715 kes atau 99.3 peratus," kata Dr Hayati di sini.

Sepanjang tahun ini daerah Kuala Muda mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 290 kes atau 20.2 peratus, Kota Setar 235 kes atau 16.4 peratus, Kubang Pasu 229 kes atau 16.0 peratus, Kulim 165 atau 11.5 peratus dan diikuti daerah-daerah lain.

Sehingga kini, sebanyak 27 wabak HFMD telah dilaporkan di negeri Kedah, dengan 26 daripadanya atau 96.3 peratus berlaku di pusat pendidikan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan TADIKA dan pra-sekolah.

Media Baharu