fb fb fb fb fb

Melaka agresif tarik pelabur, buka peluang pekerjaan

Datuk Khaidhirah Abu Zahar

AYER KEROH, 27 Mei- Melaka agresif dalam menarik pelabur luar negara untuk masuk ke negeri itu khususnya membabitkan sektor berkemahiran tinggi.

Timbalan Exco Pelaburan Negeri Melaka Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, usaha itu juga dilihat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Jadi kita sentiasa bergerak aktif mencari peluang untuk kita menarik pelabur datang ke sini dan kita pastikan bukan setakat jemput sahaja tapi kita lengkapkan dengan fasiliti dan juga ameniti yang baik.

"Penting juga untuk kita bekerjasama dengan pasukan yang betul seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Melaka sentiasa membantu dan juga pihak berkuasa tempat (PBT) membantu untuk memudahkan atau merupakan kunci utama.

"Kita pastikan pelabur ini sentiasa selesa untuk memberikan yang terbaik di Melaka ini insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas Perasmian Grand Innosys (Malaysia) di Kawasan Perindustrian Taman Tasik Utama, di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI