PONTIAN, 7 Mei- Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar belakang lori di kilometer 70.3 Jalan Benut Pontian, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pontian menghala Benut sebelum terlanggar belakang lori yang sedang bergerak perlahan untuk untuk membelok ke simpang.
"Akibat kemalangan itu, mangsa, Muhammad Syahir Azman, 18 tahun, meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.