fb fb fb fb fb

Megat Jalaluddin Presiden/CEO TNB baharu berkuat kuasa 1 Mac 2024

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan dilantik sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkuat kuasa 1 Mac 2024.

TNB dalam kenyataannya berkata Megat Jalaluddin dilantik oleh pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac 2024 hingga 29 Feb 2026.

Megat Jalaluddin, 58, yang ketika ini merupakan ketua pegawai operasi kumpulan akan menggantikan Datuk Seri Baharin Din.

“Baharin akan melepaskan jawatan beliau sebagai presiden/CEO TNB serta jawatan pengarah di anak syarikat berkaitan dalam kumpulan syarikat TNB,” menurut TNB.

Megat Jalaluddin membina kerjaya di TNB dengan berkhidmat dalam pelbagai jawatan kejuruteraan dan pengurusan syarikat termasuk perancangan perniagaan dan strategik, pembangunan perniagaan, pengurusan projek, pembaikan proses perniagaan, perkhidmatan permeteran dan perkhidmatan kejuruteraan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE