BINTULU , 29 Jun- Platform media sosial merupakan salah satu medium untuk mempromosikan adat resam dan warisan kebudayaan sekali gus membantu promosikan industri pelancongan di Sarawak.
Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata dengan adanya media sosial ianya lebih mudah dan pantas sekali gus membuka peluang dan ruang untuk perkongsian maklumat dan perhubungan secara global.
“Ia adalah satu cara untuk kita mempromosikan banyak adat resam negara kita, warisan budaya, yang telah dipersembahkan kepada kita, pameran kita kepada tetamu kita, sedikit sebanyak membantu kita mempromosikan industri pelancongan", ujarnya demikian semasa Majlis Sambutan Rumah Terbuka Gawai Dayak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) 2024 , di Rumah Panjang Raymond Plen, Sungai Gelam, Ulu Sebauh, di sini.
Tambahnya, tema 'Segulai Sejalai' yang bermaksud seiring sejalan dalam membina perpaduan dan kesatuan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama hendaklah dikekalkan sepanjang masa.