fb fb fb fb fb

Media main peranan bantu kerajaan dan agensi sampaikan maklumat terkini

SEREMBAN, 25 Ogos- Media memainkan peranan penting membantu kerajaan dan agensi termasuk Majlis Bandar Raya Seremban menyampaikan maklumat terkini atau situasi semasa di sesebuah kawasan.

Datuk Bandar, Majlis Bandar Raya Seremban, Datuk Masri Razali berkata, media menjadi medium masyarakat mendapatkan informasi tepat berhubung sesuatu isu.

"Tanpa media mungkin kita tak dapat sampai ke dasar, sampai ke penduduk yang kita tidak boleh sampai keseluruhannya dan kita bila bergabung, Seremban dengan Nilai kawasan kita besar sekali dengan jumlah anggota 1300 orang untuk satu Seremban itu agak mustahil.

"Dengan media punya peranan kita harap bantu kerjasama kukuh dan dapat sampaikan berita sahih kepada org ramai", katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Makan Malam MBS bersama Media Negeri Sembilan di Seremban yang meraikan kira-kira 60 pengamal media negeri itu.


(Datuk Bandar, Majlis Bandar Raya Seremban, Datuk Masri Razali)

Media Baharu