fb fb fb fb fb

Media berperanan penting bentuk persepsi, naratif negara lain - Fahmi

PUTRAJAYA, 21 Oktober- Media berperanan penting dalam membentuk persepsi dan naratif terhadap negara lain.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata setiap negara dapat berkongsi kisah, pengalaman dan perspektif melalui media.

Jelasnya, Minggu Media ASEAN-China kelima yang dilancarkan di PICC, Putrajaya, secara tidak langsung membuka peluang untuk mengetengahkan kekayaan dan kepelbagaian budaya.

Pertama kali dianjurkan di luar China, Malaysia julung kali menjadi tuan rumah Minggu Media ASEAN-China yang juga platform meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China pada tahun hadapan.

"Saya sangat gembira dengan terlaksananya majlis pelancaran dan perasmian ASEAN China Media Week, ini satu langkah yang baik memandangkan tahun hadapan, tahun ke-50 wujudnya hubungan diplomatik antara Malaysia-China. Selepas itu, pada tahun 2025 Malaysia tuan rumah ASEAN, kita lihat keberadaan kita dalam media week ini dalam konteks lebih luas dan panjang," katanya kepada pemberita di sini.

Bertemakan 'Sharing New Achievements, Jointly Creating New Audio-visual Experiences and Building a New Home Together' juga meneroka bagaimana industri media boleh bekerjasama untuk mencipta masa depan rantau yang lebih berpengetahuan, kesalinghubungan dan makmur.

Program tahunan sejak 2021 anjuran bersama antara China dan negara anggota ASEAN itu adalah program pertukaran budaya dan kerjasama dalam bidang media serta penyiaran dengan penyertaan organisasi yang berkaitan.

(Media berperanan penting dalam membentuk persepsi dan naratif terhadap
negara-negara lain.)

Media Baharu