fb fb fb fb fb

MEDAC sasar 10 peratus lagi koperasi masjid ditubuhkan menjelang hujung tahun ini

JOHOR BAHRU, 14 Februari - Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan 10 peratus atau 300 lagi koperasi masjid dapat ditubuhkan di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Ketika ini hanya 454 buah masjid mempunyai koperasi daripada 6,453 buah masjid di negara ini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata fungsi masjid bukan hanya sebagai tempat beribadah malah tempat pembangunan ekonomi ummah.

"Apa juga perancangan dengan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan, kita perlu bekerjasama seperti beberapa program koperasi pertanian, di masjid ini pun dimaklumkan Jabatan Pertanian juga turut memberikan sumbangan dan juga bimbingan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sudah tentulah kita akan bekerjasama dengan Jabatan Pertanian dan kemungkinan kita boleh kongsi modal bersama", katanya selepas melancarkan Koperasi Kariah Masjid Impian Emas, Skudai, di sini.

Menurut beliau, MEDAC juga berhasrat melabur dalam industri tanaman jagung dan akan bekerjasama dengan Jabatan Pertanian di peringkat negeri untuk melaksanakan usaha berkenaan.

 

Media Baharu