fb fb fb fb fb

PM tiba di Brunei untuk lawatan rasmi 2 hari

 



BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Brunei sempena lawatan rasmi beliau selama 2 hari sehingga esok.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 8.30 malam diiringi isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Ketibaan Datuk Seri Ismail Sabri disambut Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Puteri Masna dalam Upacara Sambutan Rasmi.

Sebaik tiba Lagu Negaraku dimainkan diikuti Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Perdana Menteri kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Deligasi dari Malaysia turut disertai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Esok beliau dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang dilaksana disamping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pasca COVID-19.

Ia termasuk perbincangan mengenai cadangan mewujudkan aturan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui udara Malaysia-Brunei, kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan, dan cadangan ke arah pengukuhan kerjasama ekonomi.

Media Baharu