fb fb fb fb fb

MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bergambar semasa hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi

PUTRAJAYA, 25 April - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengesan individu terlibat dalam penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menyunting gambar sehingga  mengaibkan pengguna media sosial.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, langkah itu bagi membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya golongan kanak-kanak adalah terjamin.

“Kita sangat risau dan sedang mengambil beberapa tindakan tegas mengenai keselamatan dalam talian, antara lain kita tegaskan bahawa kanak-kanak di bawah usia 13 tahun diharamkan daripada menggunakan sebarang aplikasi media sosial,” katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini.

Sebelum ini tular di aplikasi X mengenai aktiviti menyunting gambar mengaibkan sehingga mengundang reaksi negatif daripada warganet, dan ramai juga yang memohon agar kerajaan mengharamkan penggunaan teknologi itu di negara ini.

TETITIA YUSOFF