BATU KAWAN, 13 Jun - Kawasan pelupusan sampah dikenal pasti antara lokasi berisiko tinggi mencetuskan kebakaran terbuka ketika Monsun Barat Daya (MBD) yang sedang melanda negara.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah menyatakan kegiatan terbabit boleh meningkatkan risiko berlaku kebakaran.
"Di pusat pengurusan sampah ini, ada aktiviti mencari barang lusuh bagi sesetengah individu sebagai sumber pendapatan.
Bagaimanapun, perbuatan merokok di kawasan terbabit akan menjadi punca kebakaran di pusat pelupusan sampah," katanya ketika ditemui RTM di sini.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada, khususnya terhadap risiko kesihatan seperti strok haba yang berpotensi berlaku ketika musim panas ekstrem.
MBD yang bermula bulan lepas dijangka berakhir pada September nanti.