MEKAH, 14 Jun – Kumpulan Pertama melibatkan seramai 277 jemaah haji Malaysia akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah hari ini.
Kesemua jemaah KT001 tersebut akan menaiki pesawat MH8050 pada pukul 5.40 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.10 malam hari sama waktu Malaysia.
Pelepasan enam buah bas itu disempurnakan Ketua Rombongan Haji, Mohd Hisham Harun di perkarangan maktab penginapan Abraj Al Janadriyah.
Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia akan pulang ke tanah air secara berperingkat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, Madinah dengan menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.
Penerbangan terakhir kumpulan jemaah haji Malaysia dijadual berlepas dari Madinah pada 10 Julai.