fb fb fb fb fb

MayCham Shanghai perkukuh jambatan ekonomi Malaysia-China

MayCham Shanghai memainkan peranan penting dalam menyokong syarikat Malaysia yang beroperasi di China, serta membantu syarikat China meneroka peluang pelaburan mereka di Malaysia, khususnya dalam sektor halal, TVET, teknologi hijau dan ekonomi digital /Foto FB ZAHID HAMIDI

SHANGHAI, 6 November- Usaha berterusan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia di China (MayCham) memupuk jaringan strategik antara Malaysia dengan China, perlu dihargai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, MayCham Shanghai memainkan peranan penting dalam menyokong syarikat Malaysia yang beroperasi di China.

Ini termasuk membantu syarikat China meneroka peluang pelaburan mereka di Malaysia, khususnya dalam sektor halal, Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), teknologi hijau serta ekonomi digital.

“Semoga MayCham Shanghai akan terus menjadi jambatan yang menghubungkan antara komuniti perniagaan Malaysia-China berteraskan nilai, integriti dan manfaat bersama,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri memulakan lawatan kerja di China yang memasuki hari ketiga dengan mengadakan pertemuan bersama kepimpinan dan ahli MayCham Shanghai yang berperanan sejak tahun 2005 sebagai jambatan utama hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia-China.

SITI NOORAIN ABDULLAH