fb fb fb fb fb

Mayat tersangkut di pintu air Sungai Kamping Pulau Bidin, lelaki Rohingya

POKOK SENA, 11 Jun- Mayat seorang lelaki  Rohingya ditemukan tersangkut pada hadapan pintu air Sungai Kampung  Pulau Bidin Mukim Telaga Mas, Pokok Sena petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir menerusi kenyataan berkata penemuan mayat itu  dimaklumkan oleh orang kampung ke  Balai Polis Langgar kira- kira pukul 3.00 petang.

Katanya mayat dibawa naik dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah .

Siasatan awal mendapati, berdasarkan keterangan saksi mangsa dipercayai terjatuh dari motosikal dan lemas di dalam sungai tersebut.

Pemeriksaan lanjut  polis terhadap tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Mayat dihantar untuk bedah siasat dan identiti mangsa belum dikenalpasti.


(Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir)

Media Baharu