fb fb fb fb fb

Mayat pemuda dibaham buaya ditemukan terapung di Hulu Sungai Maludam

BETONG, 21 Julai- Mayat pemuda yang dilaporkan hilang pada Selasa ketika memancing di Hulu Sungai Maludam telah dijumpai pukul 2.00 pagi tadi.

Maklumat Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menyatakan mayat Abang Mohd Norazat Abang Salim dari Kampung Seberang Maludam ditemukan terapung oleh penduduk kampung di Hulu Sungai Maludam berhampiran Loji Air Maludam.

Pemeriksaan awal pada mayat mangsa mendapati kedua-dua kaki dan tangan sudah tiada manakala terdapat kesan luka di bahagian muka dipercayai kesan gigitan buaya.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Abang Mohd Norazat Abang Salim

Pada Selasa lepas mangsa dilaporkan pergi memancing di kawasan tebingan Hulu Sungai Maludam sebelum didapati tidak pulang ke rumah oleh keluarganya.

Operasi pencarian semalam turut menemukan joran dan kasut milik mangsa.

Media Baharu