fb fb fb fb fb

Mayat mangsa dibaham buaya ditemui - Bomba

LIMBANG, 10 Oktober- Mayat lelaki warga Indonesia yang dilaporkan dibaham buaya ketika memancing bersama rakan di Sungai Patarikan, Merapok, Lawas pagi semalam, ditemui pada pukul 1.17 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 7 Limbang, Penguasa Bomba Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata mangsa, Juma Misi, 30 tahun, ditemui pada jarak 3 kilometer dari lokasi mangsa dibaham buaya.


(Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 7 Limbang menemui mayat yang tidak sempurna fizikal)

Awangku Mohd Hazmin mendedahkan, mangsa ditemui dalam keadaan fizikal tidak sempurna, iaitu tangan kanan mangsa telah hilang.

Mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Komander Operasi, Azman Ibrahim ketika dihubungi Pemberita RTM Limbang mengesahkan mangsa merupakan pekerja di ladang sawit di Kuala Gemilang Blok C, Merapok.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan polis, Angkatan Pertahanan Awam, penduduk kampung dan pekerja ladang.

Media Baharu