fb fb fb fb fb

Mayat mangsa bot karam ditemukan, operasi mencari dua lagi mangsa diteruskan

KOTA TINGGI, 23 Januari - Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bot membawa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) karam di Kota Tinggi, Johor, 20 Januari lalu, ditemukan di perairan Singapura, 12 tengah hari semalam.

Mayat warga Indonesia, berumur 39 tahun itu, ditemukan di kedudukan lima batu nautika barat daya Changi Naval Base, Singapura.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Johor, Laksamana Pertama MARITIM Nurul Hizam Zakaria memaklumkan, mayat tersebut hanyut sejauh 17.7 batu nautika dari lokasi bot karam.

Dipercayai merupakan salah seorang daripada tiga mangsa yang masih hilang, sebelum ini.

Operasi mencari dua mangsa lain masih diteruskan, melibatkan sektor pencarian seluas 54 batu nautika persegi.

Selain itu, pencarian dibuat di pesisir pantai, sepanjang 20 kilometer, melibatkan 76 petugas agensi - agensi terlibat.

Media Baharu