fb fb fb fb fb

KIMMA dekati 68,000 pengundi India Muslim

 


JOHOR BAHRU, 23 Januari- Keputusan mengenai pecahan kerusi parti komponen yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum, PRU DUN Johor akan diputuskan Majlis
Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia termasuk pertimbangan menawarkan kerusi kepada Parti Gabungan Umno, iaitu Kongres India Muslim Malaysia, (Kimma ).

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata,calon-calon bertanding perlu memenuhi tiga kriteria seperti ditetapkan Pengerusi BN,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semasa Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka, November tahun lepas termasuk boleh menang, diterima masyarakat dan disukai rakyat di kawasan pencalonan.

Ahmad berkata, Kimma yang mempunyai 216 cawangan di negeri ini mengambil tindakan tepat mendekati kira-kira 68,000 pengundi di Johor menerusi jentera Jalinan Rakyat bagi menghadapi PRU DUN Johor tidak lama lagi.

"Kimma selaku parti gabungan UMNO telah mulakan Program Retreat Kimma dan gerak gempur jentera pilihan raya pada Ahad. Saya difahamkan seramai 100 ahli Jalinan Rakyat ini akan diberikan kursus sepanjang program itu berlangsung".

"Kemudian, ahli Jalinan Rakyat ini akan mendekati pengundi India Muslim di Johor yang dianggarkan seramai 68,000. Daripada jumlah itu, seramai 48,326 merupakan ahli Kimma," katanya ketika sidang akhbar di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini.

Hadir sama, Presiden Kimma, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Setiausaha Agung Kimma, Hussain Jamal dan Pengerusi Kimma Johor, Datuk Anwar Sadat.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, ahli Jalinan Rakyat Kimma telah mendapat pendedahan awal dan latihan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November.

"Sewaktu PRN Melaka, Kimma menghantar ahli Jalinan Rakyat dari Johor untuk membantu UMNO menghadapi PRN di sana. Selain itu, ia juga sebagai latihan kepada ahli Jalinan Rakyat untuk berdepan dengan PRN.

"Kita harap dapat terus mendekati lebih pengundi India Muslim sewaktu PRN Johor kali ini," katanya.

Media Baharu