fb fb fb fb fb

Kerajaan jamin tiada lagi sekatan PKP - PM

BERA, 23 Januari - Kerajaan memberi jaminan tidak ada lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, negeri, mahupun daerah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga turut memberi jaminan, tiada lagi sekatan untuk rakyat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri walaupun terdapat peningkatan jumlah kes sejak semalam.

Jaminan diberikan berikutan spekulasi mengatakan akan ada penutupan ekonomi dan rakyat tidak dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini kerana penularan wabak COVID-19.

Justeru, beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak lagi bimbang sekiranya mereka tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing, tahun ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perjumpaan bersama pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di Pejabat Kemas daerah Bera, Pahang.

Media Baharu