Mayat lelaki ditemukan meninggal dunia di Kampung Pianggu, Rompin

Operasi SAR mangsa lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Endau-Tanjung Gemok, di Rompin, Selasa lalu

ROMPIN, 28 Ogos – Mayat lelaki berusia 38 tahun ditemukan meninggal dunia di tebing jeti Kampung Pianggu, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dipercayai terjun dari Jambatan Endau-Tanjung Gemok.
  • Operasi SAR memasuki hari kedua melibatkan empat agensi termasuk JBPM, APM dan Maritim Malaysia.
  • Kejadian disaksikan rakan; mayat diangkat oleh bomba dan dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi dalam kenyataan memaklumkan, mangsa dipercayai terjun dari Jambatan Endau-Tanjung Gemok, di Rompin, Selasa lalu.

“Mangsa ditemukan kira-kira pukul 8.40 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua.

“Operasi SAR membabitkan empat agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),” menurut kenyataan itu.

Kejadian kira-kira pukul 8.56 malam, Selasa lalu, disaksikan rakannya sebelum gerakan mencari mangsa dilakukan.

Mayat dibawa naik pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat. Operasi SAR ditamatkan pukul 10 pagi tadi selepas mangsa ditemukan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.