fb fb fb fb fb

MAWO wakil Malaysia ke Prague

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hadir menyaksikan rakaman Konsert Desaku Mendunia dan Majlis Prapelancaran Mega Karnival 3 Dimensi di Angkasapuri

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Seramai 59 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab, FELDA Trolak terpilih mewakili negara pada pertandingan orkestra antarabangsa di Prague, Republik Czech pada 15 Jun.

Penyertaan Maremaf Wind Orchestra (MAWO) yang menghimpunkan pelajar cemerlang daripada kalangan generasi muda FELDA, menjadi lambang kejayaan pendidikan holistik yang ditawarkan MARA kepada anak-anak peneroka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penglibatan MAWO sebagai satu pencapaian besar bukan sahaja untuk MRSM Ulul Albab, malah turut mengharumkan nama FELDA, MARA, dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di pentas dunia.

“Mereka bukan sahaja mewakili MRSM atau FELDA, tetapi membawa nama negara. Saya doakan kejayaan mereka di Prague nanti,” katanya selepas menyaksikan rakaman Konsert Desaku Mendunia dan Majlis Prapelancaran Mega Karnival 3 Dimensi di Angkasapuri, yang turut menampilkan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman bersama MAWO.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI