fb fb fb fb fb

Mavcom semak unjuran trafik penumpang antara 84.5 juta dan 86.5 juta tahun ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah menyemak semula unjuran untuk trafik penumpang tahun ini antara 84.5 juta dan 86.5 juta, mengatasi unjuran awal.

Suruhanjaya itu juga menjangkakan angka penumpang bagi 2024 melebihi 93.9 juta.

Melalui kenyataan, Mavcom memaklumkan unjuran itu berikutan pertumbuhan yang memberangsangkan dicatatkan sektor penerbangan Malaysia dalam trafik penumpang selepas pandemik COVID-19.

Buktinya, sejumlah 69.9 juta trafik penumpang dicatat dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini.

Namun, terdapat potensi cabaran yang perlu dipertimbangkan termasuk kenaikan kos bahan api jet, penyusutan nilai ringgit dan isu tenaga kerja.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE