fb fb fb fb fb

Dua hari pencarian, mayat kanak-kanak jatuh sungai ditemukan

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

KUALA TERENGGANU, 28 Disember- Susulan kes seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir di Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu.

Mangsa, Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan ditemukan pukul 11 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni hajar berkata, mangsa ditemukan di dasar sungai.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pukul 8 pagi tadi dengan radius pencarian 100 meter dari kawasan kejadian.

"Alhamdulillah mangsa lemas yang kita cari daripada semalam telah kita temui pada pukul 11 pagi pada kedalaman lima kaki daripada tempat mangsa kali terakhir dilihat dengan lokasi mangsa ditemukan adalah 30 meter semasa dijumpai mangsa dalam keadaan meniarap dan keadaan di dasar sungai,"katanya.

Operasi membabitkan 70 kekuatan digerakkan termasuk polis, bomba, Unit K9 dan penduduk kampung.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Petang semalam, kegembiraan tiga kanak- kanak bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai dan dikhuatiri lemas.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE