fb fb fb fb fb

PM lancar PADU, 2 Januari depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Pangkalan Data Utama; PADU bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 2 Januari 2024.

Orang ramai dipelawa menyertai acara berkenaan bagi memahami peranannya, sebagai komponen utama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan.

Pendaftaran bagi peluncuran acara itu boleh dibuat menerusi https://setahun.ekonomi.gov.my/.

Orang ramai juga boleh menyaksikan acara itu secara maya melalui media sosial kementerian bermula pukul 10 pagi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli melalui hantaran di laman Facebooknya menjelaskan, PADU merupakan pangkalan data sosio-ekonomi negara yang bersepadu.

Ia menggabungkan semua data dari jabatan dan agensi kerajaan bagi memberi gambaran seadilnya kedudukan sosio-ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

Selepas diluncurkan, PADU akan dibuka kepada semua warganegara untuk pengesahan dan kemaskini data isi rumah selama tiga bulan.

Kewujudan PADU membolehkan kerajaan beralih dari pendekatan B40-M40-T20 kepada pendekatan yang lebih bersasar dan adil, seterusnya mengelakkan keciciran daripada menerima bantuan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE