fb fb fb fb fb

Mati dalam tahanan: Suhakam dan PDRM laksana siasatan

Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Logo sempena Hari Sambutan SUHAKAM Ke-25 di ibu negara/ Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 9 September- Kajian dan siasatan meluas akan dilaksana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian banduan dalam tahanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebahagian kes kematian yang dilaporkan adalah benar manakala sebahagian lagi hanyalah persepsi.

"Itulah sebabnya kita memerlukan prosedur dan perlindungan yang betul dan ini memerlukan kajian serta sokongan penuh daripada Suhakam untuk mengambil tindakan semula. Saya rasa yang terbaik adalah berbincang dengan polis" katanya ketika berucap pada Sambutan Jubli Perak Hari SUHAKAM ke-25 di ibu negara.

Pada tahun 2022, sebanyak 24 kes kematian dalam tahanan direkod.

11 daripada kes itu melibatkan kematian di dalam lokap polis.

Trainee2