fb fb fb fb fb

Masyarakat perlu peka elak penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Masyarakat perlu lebih bijak dan peka mengenai modus operandi sindiket penipuan dalam talian yang sering berubah.

Ini bagi melindungi diri dan mengurangkan risiko menjadi mangsa.

Demikian tegas Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, SAC Willey Anak Richard.

"Kalau lihat pada tahun 2021 kita juga mengadakan kempen, memang ada dia punya kesan yang baik dan ramai mendapat kesedaran berkaitan dengan agenda penipuan ini.

"Bagaimanapun seperti mana semua ketahui jenayah dalam talian ini dia punya modus operandi sentiasa berubah jadi bila dia berubah masyarakat akan tertipu, jadi perlu sentiasa peka," katanya.

Beliau ditemui selepas memberi penerangan mengenai kempen Anti-Scam PDRM dalam rancangan terbitan RTM di Angkasapuri.

(Willey)

Selain itu, Willey turut menasihati orang ramai supaya tidak panik sekiranya menerima panggilan yang berbentuk ugutan kerana ia merupakan salah satu taktik sindiket menjerat mangsa.

Orang ramai juga perlu sedar, pihak berkuasa tidak akan menghubungi individu melalui telefon bagi memaklumkan mereka melakukan kesalahan.

Sebaliknya, menghantar surat panggilan mengikut lunas undang-undang.

Media Baharu