fb fb fb fb fb

Program Ride Bermotor SWCorp sebar mesej kesedaran 'Rakyat Perlis Hidup Bersih'

KUALA PERLIS, 22 Jun- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menganjurkan Program Ride Bermotor SWCorp Bersamamu di Kampung Warna Warni, Kuala Perlis.

Antara pengisian program, termasuk Pelancaran Signature of Maps Kampung Seberang Ramai yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta penyampaian Anugerah Hero Kebersihan dan 3R ‘The Bottle Man' kepada Umat Osman.

Bagi Pengerusi SWCorp, Datuk Rizalman Datuk Mokhtar, bersempena program tersebut, SWCorp Negeri Perlis turut menyerahkan plak penghargaan kepada Masjid Tuanku Syed Faizzuddin Putra sebagai Masjid Perintis bagi Program Amal Jariah melalui barangan kitar semula.

SWCorp berharap penganjuran program brekenaan dapat meningkatkan tahap kesedaran rakyat Perlis dalam mendokong hasrat bagi menjadikan Rakyat Perlis Hidup Bersih.

Program Ride Bermotor turut menjejaki dan menyantuni asnaf dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs) dengan memberi sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada tiga buah rumah asnaf.

Turut serta Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Azizan Sulaiman; Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Mokhtar serta Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

 


(Program Ride Bermotor turut menjejaki dan menyantuni asnaf dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis)

Media Baharu