fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Pelaut 2022, nadi utama aktiviti perdagangan maritim

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Sambutan Hari Pelaut 2022 bakal berlangsung di Terengganu pada Sabtu ini bagi meraikan peranan mereka sebagai nadi utama aktiviti perdagangan maritim sekali gus menjana pendapatan ekonomi negara.

Timbalan Ketua Pengarah Laut (Perancangan) Jabatan Laut Malaysia, Kapten Mohamad Halim Ahmed berkata sebagai pelaut yang terpaksa berada di lautan dalam tempoh lama, kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan Jabatan Laut Malaysia.

Malah pembangunan kerjaya mereka termasuk biasiswa, khairat kematian dan bantuan bencana sentiasa dititikberatkan.

Wanita juga dialu-alukan menyertai bidang kerjaya penuh mencabar ini.

(Mohamad Halim ditemui pemberita selepas menjadi tetamu
dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia )

"Keistimewaan seorang pelaut ini, pengorbanan kita selalu berada di belakang tabir. Dari segi ekonomi kami ini salah satu tulang belakang, kita pastikan apa juga barangan dari sebuah negara ke negara kami sampaikan,"kata Mohamad Halim di sini.

Media Baharu